Memandangkan bakal pergi lagi skali tahun ni, marilah iols share serba sedikit pasal HCM ni. Sebenarnya, HCM ni korang boleh cover sendiri. Tak payah pakai ejen.. serius.. Kalau 3 hari 2 malam pakai ejen, cmfirm rm1000 ke atas. pergi sendiri lebih kurang rm500 je uolss.. HCM ni tak susah mana. lagi- lagi kalau nak pergi shopping semata- mata..
Sebelum
1) Pastikan passport masih belum tamat tempoh. Semak ramalan kaji cuaca. Selain tu, rujuk juga waktu solat sebab kat sana. Bawa juga travel adapter untuk plug. vietnam pakai plug berbeza dengan malaysia.
Iols beli kat kedai MR.DIY je. Harga dalam RM 5. Kalau nak selamat, bawak extension. Ada hotel plugnya bersepah. ada gak yang ada 1 je dalam setiap bilik.
2) Hotel - Boleh booking ikut kemampuan dan keselesaan. Kalau nak jalan kaki pilih la hotel di District 1, Ben thanh. Paling best kat jalan Nguyễn An Ninh. Contoh Saigon Pink 2, Thanh Thu, An Tam. Jalan Nguyen An Ninh ni dikenali juga dengan nama jalan malaysia. Kalau duk sini macam duk Jalan Tar je. Penuh ngan rakyat Malaysia. Lagipun, depan- depan hotel penuh ngan kedai makanan halal. Iols email jah hotel- hotel. Lagi murah daripada pakai agoda. Tak payah deposit. Bila check in baru bayar.Hotel kawasan ni paling murah USD25 untuk bilik berdua. Bilik sempit je.
3) Tukaran wang --> Tak payah tukar duit banyak. Iols tukar 1 juta dong (VND) = +/- RM160 ngan USD 100. Lain- lain pakai duit RM. Duit dong hanya pakai untuk bayar duit teksi, bas, makan (mkn pun boleh pakai duit RM). USD lak buat bayar hotel. Kalau nak tukar, baik tukar kat sana. Kalau tukar sini 1 juta= rm160, sana boleh dapat rm150. Lagipun pening wei pakai duit juta- juta.
SEMASA
1) Ketibaan
Sampai je cop passport semua, pergi ke bahagian luar airport.. Kalau nak naik bas, sila pergi ke sebelah kanan. Nanti dekat depan burger king ada bas warna biru (No 152). Tambang tak sampai rm2 rasanya. Tak nak naik bas, sila pergi ke sebelah kiri. Pergi paling hujung nanti nampak orang pakai baju hijau tulis "VINASUN". Macam warden teksi la. Tunggu je. Nanti ada teksi berhenti situ boleh naik. Sana pakai avanza atau vios kot. Tapi tak payah risau. Dua- dua ni pakai meter. Sorang naik avanza pun takpe. caj sama je. Teksi ke kawasan ben thant tu lebih kurang rm30 bergantung kepada trafik. Sebelum naik tu, warden akan bagi kad macam kat bawah ni. So, kalau driver tu caj lebih dari meter, boleh report sebab no pendaftaran teksi ada pada kad ni.
Teksi yang paling boleh dipercayai. Iols hampir tertipu gak masa mula- mula pergi. Ada orang tu siap tunjuk kad vinasun padahal kad tu menipu. Teksi lain dia akan cakap "USD10" kau sampai hotel dia akan caj lebih. Percayalah.. Kalau nak ronda- ronda pun ambil la vinasun. Ramai dah yang tertipu. Kalau kawasan Jalan Nguyen An Ninh, teksi vinasun memang sentiasa ada.
2) Makan -- Bab makan tak payah risau. Banyak yang halal. Cumanya harga agak mahal. Sekali makan Pho (disebut pher kot) ngan air kena la dalam rm15. Kat Basiroh sedap. Ni la rupa pho. Cili tu made in Malaysia. Comfirm sebab iols kenal orang yang tolong belikan cili tu. Berpuluh2 kilo dia bawak setiap kali gi HCM. Bawah tu lak kat Salima. Restoran kat hotel An Tam. 2 benda ni + air harga dah rm30+ ke Rm40 camtu la.
3) Shopping
Sebelum shopping, ingatlah wahai saudara & saudari. Sila asingkan duit anda. Jangan letak setempat je. Masa iols pergi, ada sorang pakcik ni cerita ada orang malaysia hilang Rm3000 dalam pasar ben thant tu. sebabnya dia letak semua duit dalam purse. Pastu dia letak dalam backpack. Bila orang seluk dia tak sedar. Sedar- sedar masa nak bayar. Dah la hari pertama. Harus la sakit hati je kan. Ni la pentingnya cari hotel dekat. Kurang- kurang beli 3,4 pasang kain, boleh naik bilik hantar kain. Hari pertama dinasihatkan supaya tidak membeli lagi dalam pasar ben thant. Supaya tak menyesal dikemudia hari.. Ni contoh 1 kedai dalam bent thant. Rambang mata tak?
Dalam pasar ni ramai yang cakap melayu. So, masalah komunikasi takde sangat.. Nanti dengar la "kakak, abang.. mari beli ini". Diorang ni kasar sikit. Suka suki je tarik- tarik tangan. Kalau korang tak nak beli, buat bodoh je walaupun dia pegang. Buat muka serius sikit bila masuk dalam ni. Haha..
Beg pink tu iols rembat hari pertama. Dia bukak harga rm50. Iols tawar dapat Rm30. Bangga je rasa. Terus aku beli. Skali, kat pasar malam harga USD5 je uols.. Nangis.. Jadi terpaksa la beli beberapa lagi untuk mengubat kekecewaan. HCM memang terkenal ngan beg deuter. Diorang keluarkan tapi nak jumpa yang ori memang payah.
Sebelah malam ada pasar malam dekat luar pasar ben thanh. kalau duk kat jalan yang iols sebutkan tadi, memang dekat la. Extra best sebab kedai2 tepi hotel pun akan jual murah- murah gak..Ni sebelah hotel je..
Lain- lain tempat shopping??
1) Sekitar luar pasar ben thant.. Banyak kedai- kedai macam butik.
2) Taka Plaza
3) Parkson
4) Saigon Square
5) Bin thay -- Ni kena naik bas. Perhentian bas kat bulatan berkuda. Tapi nak melintasnya.. Masyaallah.. Mengigil kaki sebab banyak sangat motor. Jadi, follow la rakyat diorang melintas. Nak ke bin thay naik bas no 1. Tambang sehala 80 sen kalau tak silap. Sini lebih kepada borong. Kena pakai dong kalau kat pasar ni. Diorang tak fasih BI apatah lagi BM. Bercakap ayam itik la. Kadang- kadang dia buat- buat tak nampak je kita sebab masalah dia nak bercakap bi.
tepat shopping bersepah. Tak larat nak senaraikan. Ada yang kena naik teksi. Macam kedai Danny dll.
APA NAK BELI NI????
1) Kain pasang --; Paling banyak cotton. Viscose la, jepun la, english la.. Harga berbeza ikut jenis. viscose paling murah tapi viscose ni kalau basuh banyak kali jadi berbulu. Klu jepun tu kain lembut macam viscose tp ok. English kain keras sikit. Kalau chiffon mahal sikit. Lycra pun banyak..
2) Baju siap --; Kurung cotton tanpa manik
--; Kurung bermanik. Harga berbeza ikut jenis kain dan jenama. Kalau kain yang senang renyuk (Baru pakai seminit dah berkedut) memang murah. Kalau kain elok sikit macam kat kedai HASANAH mahal sikit. Tapi masih RM XX je.
--; Jubah -- Pun cantik dan menarik uolss..
3) Kasut converse --> Iols borong 7,8 pasang gak. Kena pandai cari kedai untuk dapat harga murah..
4) Barang adidas --> Kilang adidas ada kat sini. So, barang dia cam murah sikit la dari kat malaysia Tapi adidas tak ori pun banyak. Kalau nak ori, baik perg butik dia terus. Dalam Bent Thanh tu masing2 kata jual adidas ori. Tak tau betul tak.
5) Backpack/ bagasi/ handbag --> Ada ori dan tak ori. Paling femes brand deuter, samsonite, kipling
6) T-shirt, key chain dll. Tshirt RM7 je kalau pergi mekong atau beli kat kedai2 dekat Malaysia Street. Kalau kat pasar malam, RM10 ke atas. Siap tak bagi walaupun dah tawar.
7) KOPI!! ni paling best. Yang halal trung nguyen. Yang paket memang ada cop halal. Yang timbang tak sure la halal tak. takut peniaga main masuk je dalam tin padahal tu kopi brand lain. kopi tepi jalan USD 1. sehari berapa kali iols minum.. gilos la sedapnya..
8)Telekung --> Memang ada macam- macam jenis kain dan harga. Design pun berubah- ubah.
Tempat menarik:
Boleh rujuk di --> http://www.tripadvisor.com.my/Attractions-g293925-Activities-Ho_Chi_Minh_City.html
Kalau nak pergi mekong atau cu chi tunnel, kena ambik tour package sebab lokasinya jauh. Kalau ambik dengan hotel, harga USD10 dan USD6 kalau tak silap. Lupa dah yang mana satu kena USD 10. Kalau pergi ramai- ramai, baik ambik private. Mahal sikit la. Dalam USD20 untuk 1 tempat. Harga private ni bergantung kepada jumlah peserta. Naik kenderaan macam mana. Tapi kebanyakannya orang islam champa. Ada antaranya yang dapat cakap melayu.
Yang dalam gambar kat bawah ni boleh jalan je.. Dekat- dekat je tempatnya..
SELEPAS
1- Dah nak balik, pergi airport awal sikit. Kalau boleh biar dapat check in beg awal. Kadang- kadang bila beratur dengan group rombongan, memang masalah. sebab nanti diorg akan bukak beg, keluarkan barang.. pindah masuk beg orang ni.. tarik barang dari orang tu.. memang kalut sebab dah lebih berat kan. Sana dia memang tak bagi beli extra kg walaupun kita sanggup bayar mahal..
2- Makan siap- siap atau tapau makan kat airport. Kalau dah plan nak makan atas flight, prebook siap- siap. Biasanya makanan memang cepat habis. Kena lak seat kita kat belakang. Tahan je la lapar sepanjang 2 jam tu.
3- Konsep airport HCM ialah check in beg baru la beg tu lalu dalam 1 bilik kemudian pergi ke bahagian beg utk kapal terbang. Bilik tu bilik kastam ya. Kalau kat tempat kita, sebelum check in beg, kita kena scan dulu beg kan. Sini tak. Bilik ni bahaya tau.. Nanti dia akan buat pengumuman nama kita. dia kata beg kita ada bawa benda tak sepatutnya, kena cukai semua.. dia akan minta bayaran.. TIPS: kalau nama dipanggil, hanya individu tu je boleh masuk. Bagi duit kat kawan- kawan pegang. Bila bukak beg duit, ada rm10 ke. Cakap tu je duit yang ado. Tips kedua ialah masuk beramai- ramai.. Tips ketiga, berkeras taknak bayar dan bergaduh dengan diorang dan tips yang terakhir, jangan masuk terus bilik tu. buat bodoh je. Nanti kalau dah sampai malaysia beg tak sampai, claim je kehilangan beg.. tapi setakat baca pengalaman orang, beg selamat sampai walaupun diorang tak masuk bilik tu. 1 benda yang selalu sangkut ialah keychain peluru yang ada jual kat cu chi tunnel.
4- Tips nak lepas kastam Malaysia (Airport Malaysia).. Kalau zaman LCCT dulu, orang- orang terpilih je kena scan beg. KLIA 2, semua kena scan. Dulu orang nasihatkan jangan bawak beg besar. Sekarang tak semestinya. 2nd trip hari tu ada sorg abg ni kena. Padahal dia bawak beg kecik je. Ala- ala beg balik kampung budak skolah asrama. Kastam scan dan suruh dia ketepi. Mengaku je la berapa korang beli. Kalau untuk family ke diri sendiri ke, terus terang je. mintak kurang. Kalau beli barang sendirim biasanya kena lebih kurang rm50.
5- Tips di airport gak. Masa ambik beg, pegang beg masing- masing. Kalau pergi 10 orang, pakai la 10 troli. Lepas tu buat- buat tak kenal kawan yang 9 orang tu. kalau pakai 1 troli je, comfirm la orang ingat nak berniaga..
Lain- lain
1) 2 manusia yang tidak boleh dipercayai ialah TUKANG KASUT dan PEMANDU BECA. Rakyat Malaysia paling banyak ditipu oleh ummat berdua ni la.
2) Pastikan betul- betul harga. Ada baca pengalaman orang kena tipu sebab beli air kelapa. Mula- mula kata USD1. Bila dah habis minum kena USD10. Harga macam kelapa tu turun dari langit dah.. Biasa peniaga tepi- tepi jalan yang tempat tak ramai orang. Yang tak menipu ada. Pandai- pandai la.
3) Kat HCM ni banyak pondok macam pondok polis malaysia. So, kalau nak tanya jalan semua tu baik tanya diorang. Ataupun tanya terus pekerja hotel kita menginap. Suruh diorang lukis peta ke.. pakai google map ke.. ikut suka la. Kalau ada orang nak tunjukkan jalan, berhati- hati. Nanti kalau dia bawak kita pergi, silap- silap dah sampai destinasi kita kena pau la. kira caj membawa kita ke jalan yang benar. Haha.. Bukan nak prejudis ke apa. Tapi baik beringat sebelum kena.
4) Orang vietnam kasar berbanding tempat kita. Kalau kita pergi jalan tar, peniaga sana takde la tarik- tarik tangan kita. SIni dia akan tarik- tarik tangan. Bercakap memang suara kuat dan kasar. Budaya diorang macam tu. Jadi, kita sebagai pengguna, jangan la orang tu dah jerit- jerit kat ko, terus beli kat kedai dia.
5) Tawar menawar memang wajib. kalau dia tak bagi, blah je dari situ. Tapi ingat la no kedai tu. Senang nak cari balik. Jangan harap ko dah blah, dia panggil balik dan bagi harga korang tawar. memang jarang- jarang berlaku atau hampir mustahil. haha.. cuba tanya kedai sebelah dia lak. kadang- kadang kedai sebelah bagi la kurang rm1. kalau tak jumpa dah design gitu, pergi la balik kedai pertama tu (sebab tu penting ingat nombor kedai). Macam aku pergi dulu, nak beli alas meja. kedai 1st bg rm60. so, kitorg jalan- jalan lagi. semua kedai bagi harga rm80. Pening nak cari kedai pertama tu tadi. pusing sini, masuk situ tak jumpa2. sampai la kitorg kena lakonkan semula pergerakan awal mula dari masuk pasar. 2,3 kali baru jumpa ok..
6) Asingkan duit dan jaga beg anda (Ulang skali lagi sebab penting) .Duit tu kalau boleh kat malaysia lagi asingkan. Ada orang, sampai kat airport je dah kena pau. Nak keluar airport, dia akan scan bag semua termasuk handbag. Mungkin boleh nampak kot duit berkepuk tu. Asingkan duit letak dalam poket kanan sikit, poket kiri sikit.. Dalam pasar atau tempat orang ramai, jaga la. jangan letak duit dalam backpack. Backpack tu untuk isi kain2 hasil shopping takpa. Bayangkan macam mana perasaaan sorang makcik malaysia hilang rm3000 macam iols cerita kat atas tu..
7) Kalau hotel kawasan jauh dan gelap, berhati- hati la kalau nak keluar malam. ada baca dalam forum orang lelaki kena samun. siap suruh balik hotel ambik duit baru penyamun tu lepaskan kawan dia. handphone dah tentu2 dia ambik. kalau duk kawasan dekat pasar malam tu ok la. Kalau boleh, elakkan la kawasan gelap dan sunyi pada waktu malam..
ok.. tu je kot dulu.. kalau ada soalan, boleh email kepada iols.. iols ni jarang bebenar bukak blog. Takut terlepas pandang.. :)