Memula sampai, duk melepak dulu kat lobi. Sambil tunggu kunci, sambil menonton tv + baca surat khabar free.. Sesambil tu duk usha mesin ATM
Dalam setiap bilik lengkap dengan 11 katil (cadar & selimut skali la), 11 almari, 1 meja besar & 1 kerusi, 1 tv, 1 cermin besar (kalau nak tengok muka 11 orang terus pun boleh :p), 3 bilik air, 2 aircond.. Apa lagi ye nak cerita.. Weols duk kat tingkat 2. Memula nak cari bilik tu macam pening- pening lalat gak la.. Sebab bangunan dia terbahagi kepada beberapa bahagian. Dekat dengan lobi dia tu ada cafe ngan kedai macam kedai runcit mini..
Detail sungguh aku bercerita.. Mana la tau, ada antara kita nak survay tempat ke apa, senang nak google. Senang je.. Tak macam aku ni.. Tempat dapat tau kompleks belia. Dah la pusat belia banyak kat situ, penat nak google. Masa hari nak pergi baru la tau duk kat IYC rupanye..
Untuk baca info2 dalam pamplet tu, sila la besarkan gambar, klik je kat gambar tu.. Aku rajin benar.