Monday, March 23, 2009

tanam tauge guna kapas

Masa aku sekolah rendah dulu, ada subjek sains.. Ada la beberapa eksperimen yang aku masih ingat sampai sekarang.. Salah satunya eksperimen tanam kacang tauge atas kapas basah.. Masa tu rasa excited teramat la.. Maklum la.. Baru belajar sains.. Masa tu minat la sains sebab banyak buat eksperimen.. Bila aku dah masuk sekolah menengah, ada gak buat lagi tanaman tu.. Untuk eksperimen sains gak kot.. Aku tak ingat la.. Yang aku ingat, setiap orang dapat sebijik dua kacang hijau yang nak buat bubur tu dengan plastik ais krim malaysia.. Lupa lak.. Kapas sikit.. Aku tanam la biji tu.. Sape ntah bagi idea nak bertanding.. Sape punya pokok paling panjang + sihat.. Dan sudah pastilah aku pemenangnya.. Hahaha.. Pemenang tak rasmi.. Ntah camner aku punya tauge tu tumbuh dengan sihat.. Semua orang cam heran la.. Pastu bila orang tanya, dengan poyonya aku jawab "Kena tanam guna kasih sayang.. Cakap dengan pokok tu tiap- tiap hari.. 2,3 kali sehari ke.." Pastu entah sape la yang dengki gile kat aku, dia picit batang tauge tu dengan kuku.. bahan bukti memang ada la kat batang tauge tu.. Sampai sekarang takde orang datang mintak maaf kat aku sebab membunuh pokok tauge aku tu.. hahaha.. over la pulak.. :p Gambar- gambar kat atas ni sah- sah la bukan diambil zaman sekolah rendah @ sekolah menengah... Tapi ambik masa sesi microteancing psk ari tu. Huhu.. Kenapa ek, semenjak dua menjak ni aku suka tulis kenangan zaman dulu2.. Ada yang aku save je.. Tak publish.. Owh.. aku tau.. Sebab zaman dulu aku tak pernah nak tulis diari ke apa.. Kalau tak tulis kenangan lama- lama tu, sah2 la tak berapa nak ingat dah nanti..

Sunday, March 1, 2009

International Youth Centre, Jalan Yaacob Latif, Cheras.

Cerita memula pasal KL ialah penginapan. Kat sana weols duk dekat IYC ni. Nama lainnya Pusat Belia Antarabangsa (PBA). Tempat ni memang sangat selesa la untuk rombongan cik kiah ramai- ramai. Family pun boleh nak menginap kat sini. Tempat best gak la.. Harga pun murah. Memandangkan ahli rombongan cik kiah ni seramai 63 orang, kami pilih la bilik yang boleh duk 11 orang tu..

Memula sampai, duk melepak dulu kat lobi. Sambil tunggu kunci, sambil menonton tv + baca surat khabar free.. Sesambil tu duk usha mesin ATM dan mengira jumlah duit yang bakal habis hasil shopping secara tak terkawal. Dapat je kunci bilik, semua orang berlari- lari naik tangga untuk berebut katil. Masa tu dalam kepada duk fikir nak katil bawah. Ye la kan, biasa hostel yang untuk ramai- ramai ni katil dia double deck.. Dengan tak bukak lampu berebut- rebut katil.. Erm~ Katil dia bukan double deck.. Katil single yg setingkat je. Kiranya ni berebut nak duk katil yang dekat tv ngan aircond.. :p

Dalam setiap bilik lengkap dengan 11 katil (cadar & selimut skali la), 11 almari, 1 meja besar & 1 kerusi, 1 tv, 1 cermin besar (kalau nak tengok muka 11 orang terus pun boleh :p), 3 bilik air, 2 aircond.. Apa lagi ye nak cerita.. Weols duk kat tingkat 2. Memula nak cari bilik tu macam pening- pening lalat gak la.. Sebab bangunan dia terbahagi kepada beberapa bahagian. Dekat dengan lobi dia tu ada cafe ngan kedai macam kedai runcit mini..

Detail sungguh aku bercerita.. Mana la tau, ada antara kita nak survay tempat ke apa, senang nak google. Senang je.. Tak macam aku ni.. Tempat dapat tau kompleks belia. Dah la pusat belia banyak kat situ, penat nak google. Masa hari nak pergi baru la tau duk kat IYC rupanye..

Untuk baca info2 dalam pamplet tu, sila la besarkan gambar, klik je kat gambar tu.. Aku rajin benar.