Tuesday, April 23, 2013

Tips- tips untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

Ni aku nak kongsi pengalaman + tips untuk guru pelatih/ pelajar yang akan ke sekolah untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).. Bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau nama lamanya maktab, pelajar PISMP diwajibkan untuk ke sekolah sebanyak 4 kali.. Semester 1 hingga 4 la.. Elaun RM 10 sehari.. Tak kira dekat atau jauh..

Ni tips yg aku nak kongsi sikit..

1) Sebelum pergi, pastikan apa kehendak soalan.. Kalau perlu, catatkan apa maklumat & benda yang nak cari kat sekolah. Contohnya profil skolah, carta organisasi sekolah dll..

2) Cuba uruskan masa untuk temuramah.. Contohnya, hari pertama korang nak temuramah guru besar dan guru mentor. Hari kedua nak temuramah PK ngan Hem.. Hari Ketiga nak temuramah 2 orang cikgu dan sorang murid.. begitu la seterusnya..
** Kalau korang tak susun, korang pergi temuramah hari pertama je, alamatnya korang kena menganggung risiko untuk berasa bosan selama 4 hari lagi.. Hehehe..

3) Dapatkan maklumat yang nak fotostat tu awal. Hari mula- mula pergi ke.. Pastu, bila balik rumah/ hostel korang semak la balik apa yang tak cukup.. Pastu, esoknya terus mintak. Kalau korang baru perasan maklumat tak cukup bila dah balik institut/ kolej, pandai- pandai la korang goreng sendiri..

4) Kebanyakan sekolah akan bagi korang peluang untuk masuk ganti kelas jika cikgu takde.. Jadi, baik sedikan kertas A4 sebelum masuk. Korang suruh la diorang lukis ke, tulis biodata ke.. buat la apa pun sampai habis masa.. Kalau kata korang tak bawak, suruh diorang kenalkan diri.. Kalau masa panjang sangat, paksa diorang bercakap 5 minit sorang ke.. huhu..

5) Bila masuk kelas je, korang jangan tunjuk baik sangat.. Jangan senyum.. Buat muka serius.. Kalau tak, diorang akan buli cikgu + buat bising.. Budak sekolah rendah suka main kuiz.. terutamanya darjah 4-6.. Kalau korang nak buat kuiz, cakap siap2 yg kumpulan yang bising akan kena potong markah..

6) Korang bawak la bahan bacaan apa- apa. Kalau sekolah ada wireless, boleh bawak laptop.. Comfirm korang akan rasa tak tau nak buat apa bila gi sekolah.. :p